Bersalahan dengan pendapat ramai bahawa kegagalan mendapatkan anak berpunca dari wanita, hampir 40% sebenarnya berpunca dari lelaki. Azoospermia adalah keadaan dimana tiada sperma dikesan dalam air mani lelaki. Asthenospermia pula keadaan dimana pergerakan sperma tidak aktif dan sebahagiannya tidak bergerak. Keadaan dimana jumlah sperma adalah berkurang dari paras normal dipanggil oligospermia. Masalah sperma uyang dialami lelaki dapat didiagnos dengan menjalankan ujian analisa sperma atau seminal fluid analysis(SFA).
Tribestan adalah sejenis ubat yang digunakan oleh ahli bina badan untuk membina otot-otot mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa ia bukan saja meningkatkan saiz otot tetapi juga mampu meningkatkan bilangan dan keaktifan sperma. Penggunaan tribestan banyak membantu pakar-pakar reproduktif untuk merawat lelaki yang bermasalah. Speman pula adalah ramuan ayurvedic yang digunakan sejak sekian lama di india untuk meningkatkan kesuburan lelaki. ia juga mampu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma pesakit. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan dan rawatan. Di Klinik Pakar Darul Iman kedua-dua ubat ini diberikan. Tribestan dimakan sebiji 2 kali sehari untuk selama 3 bulan. Walaupun berkesan tapi kos rawatan yang tinggi menjadi faktor utama kenapa ubat ini kurang mendapat sambutan. speman pula di ambil 2 biji 2 kali sehari selama 1 hingga 2 bulan sebelum dapat melihat kesannya. Kosnya juga lebih rendah berbanding tribestan. Walaubagaimanapun tiada kajian saintifik yang khusus untuk menilai keberkesanan rawatan dengan speman.
No comments:
Post a Comment